Pada hari Isnin 17.11.2014 , kami diberi tugasan untuk pergi ke sebuah restoran yang mempunyai tema tersendiri. Disebabkan saya berada dihostel, sama memilih untuk pergi ke Restoran Q THAI di Laman Seni, Seksyen 13 Shah Alam yang berdekatan dengan kolej kami. Saya memilih restoran tersebut kerana retoran tersebut memiliki keistimewaan yang tersendiri. Makanan disitu juga banyak yang istimewa dan menarik perhatian saya. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh pihak produksi Jalan-jalan Cari Makan.
Saya memilih 'Honey Chicken Rice' sebagai menu hidangan saya disitu, Saya memilih menu tersebut kerana makanan tersebut nampak menarik dan saya menyukai makanan yang agak manis. Honey Chicken Rice ini juga berlainan dengan restoran lain, kebiasaannya ayam tersebut digoreng dengan madu dan bijirin tetapi restoran ini menghidangkan ayam yang dimasak bersama madu dan telur goreng. Datanglah ke restoran ini untuk menikmati sendiri hidangan mereka.
Sekian..





Hai.. Blog yang bagus. Teruskan menulis dengan lebih baik. Jangan lupa caption pada foto ye. Tq
ReplyDelete