Sunday, 1 February 2015

Mesra Ria Yong Tau Foo



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya adalah penggemar Yong Tau Foo. Biasanya saya beli Yong Tau Foo di pasar malam sahaja. Pada hari sabtu lalu saya telah pergi ke Melaka untuk menghadiri kenduri kahwin. Disebelah tempat penginapan kami iaitu Pantai Puteri Hotel terdapat medan selera. Di medan selera tersebut terdapat gerai Mesra Ria Yog Tau Foo. Menurut seorang kenalan gerai tersebut mula beroperasi pada pukul 5 petang sehingga larut malam. Yong Tau Foo disitu lain dari yang biasa kerana ianya dihidangkan dengan kuah sup seperti steamboat. Ianya sangat sedap. Pelbagai pilihan Yong Tau Foo yang terdapat di gerai tersebut. Jadi, jemputlah singgah ke sana jika datang ke Melaka. Rugi kalau tidak rasa sendiri kenikmatan Yong Tau Foo disana.





Pak Li Kopitiam





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kepada yangsuka melepak tu, saya cadangkan anda pergi ke mana-mana cawangan Pak Li Kopitiam. Saya telah pergi ke Pak Li Kopitiam di Seksyen 7 Shah Alam. Ada juga cawangan mereka di Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Stadium Shah Alam.


Pelbagai hidangan yang sedap di sana, anataranya Nasi Lemak Pak Li special. Nasi lemak dia memang sedap dan telah menjadi kegemaran saya kalau datang ke kopitiam ini. Ada juga makanan western seperti Chicken Chop dan sebagainya. Di bawah ini antara hidangan yang saya telah cuba.

Nasi Lemak Pak Li Special

Chicken Chop with Rice


42, Jalan Kristal K7/7
Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel : +603-5511 3608
Facebook : Pak Li Kopitiam
Laman web : paklikopitiam.com.my

Business hours:
Sun to Thu - 8 am to 1.30 am
Fri, Sat & PH eve - 8 am to 2.30 am