Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sekarang saya nak ajak anda semua makan 'Chicken Grill' di Jalan 223 Petaling Jaya. Medan Selera Jalan 223 PJ ini berada berdekatan dengan Amway dan The Store, bukan sahaja ada western food malah pelbagai lagi jenis makanan yang ada disitu seperti sup kambing, otak-otak, satay, masakan panas dan nasi lemak. Harga makanan disitu juga sangat murah dan berpatutan. Tapi jangan terkejut dengan suasana ketika berada disana. Sangat meriah dan terlalu ramai orang. Tetapi disana anda akan dilayan 'like a boss'. Harga Chicken Grill disana hanya RM 11. Sangat murah dengan rasa kuahnya yang sangat sedap. Makan sekali pasti nak dua tiga kali. Jika nak merasa western disana datang laa bersama kawan-kawan , sedara mara atau keluarga anda sebab anda takkan rugi datang kesana. TRY IT !!





.jpg)























